Tuesday, July 29, 2008

Harga Anak Benih

Subintegra
-1kaki Rm5.
-3 1/2 kaki Rm8.
-5 ke 6 kaki Rm14.
Harga boleh runding sekiranya pembelian melebihi 500 pokok.

Tuesday, July 15, 2008

Kenapa Gaharu Perlu Disuntik

Bagi merangsang penghasilan gaharu dan memendekkan tempoh penghasilan gaharu.Penggunaan 'fungges'bakteria diutamakan.Harga vaksin kalau mengikut pasaran ianya dijual dari RM1800-RM6000 untuk 4 liter.Pada kebiasaannya untuk 1 pokok yang sederhana besar,vaksin digunakan dalam 2-12 liter.

Sebelum Proses Suntikan

Sebelum proses menyuntik dilakukan sila sediakan maklumat tersebut:
1.Saiz ukur lilit atau diameter pokok.
2.Jumlah pokok yang ingin disuntik.

Sunday, June 22, 2008

Penuaian/Penghasilan Gaharu

Penuaian dijangka dibuat setelah pokok tanaman diyakini telah mengandungi gaharu.Beberapa ujian secara klinikal akan dilakukan ke atas pokok.Penuaian dilakukan setelah umur pokok mencecah 5- 7 tahun atau 10 tahun.Semakin lama jangka masa penuaian akan memberikan kesan kepada kualiti penghasilan gaharu.Setiap pokok gahru dianggarkan boleh mengeluarkan 5 ke 10 kilogram gaharu.

Kaedah Rawatan Mekanikal

Kaedah rawatan mekanikal melalui proses penebukan lubang secara bersistematik adalah bertujuan untuk mencederakan pokok gaharu.Pada masa yang sama rawatan khas yang diberikan kepada pokok gaharu untuk meningkatkan keupayaan tindakbalas semulajadi pokok bagi menghasilkan "Damar Gaharu".

Kesesuaian Tanah

Berikut adalah kesesuaian tanah untuk menanam gaharu:
1.Tanah yang terbiar
2.Kawasan rezab hutan simpan
3.Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.

Kaedah Penanaman

Dewasa ini, sebanyak 16 jenis gaharu yang terdapat di Asia yang mempunyai pelbagai jenis spesis.Jadi bagi memperoleh pulangan yang memberangsangkan,penentuan jenis spesis anak benih mestilah yang terbaik dan boleh mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi.Strategi kami dalam mengusahakan tanaman ini adalah seperti berikut:
1.Tanah di tapak projek perlu dibersihkan dan diterangkan.
2.Lubang akan digali dengan keluasan 2" x 2" x 2"
3.Tabur baja khas gaharu ke dalam lubang untuk tujuan pemulihan tanah.
4.Jarak penanaman 2 mx 2 m untuk menghasilkan 1000 pokok seekar.
5.Pembajaan dilakukan 2 kali setahun dengan menggunakan baja organic(organik-kimia).
6.Setelah pokok gaharu mencapai usia 5-6 tahun, proses suntikan akan dilakukan dan selepas 8 bulan disuntik, damar atau resin akan terhasil dan proses penebangan boleh dilakukan.
Dengan adanya kaedah ini proses damar atau resin akan terbentuk didalam batang pokok dalam jangka masa yang singkat.Tanpa menggunakan kaedah ini dan hanya menggunakan kaedah semulajadi damar atu resin hanya akan terbentuk pada jangka usia 20 ke 40 tahun melalui proses gangguan fizikal atau microorganisme.

Saturday, June 14, 2008

Seedling For Sale

We are Seri Herbs Garden selling agarwood seedling type Malacensis at Rm4,Subintegra Rm10-Rm15.We are also sell the liquid additive(syringe type) Rm300,concentrated Rm500 and able to do the additive application.

Friday, June 6, 2008

Anak Benih Untuk Dijual



Jenis Malacencis Rm4
Jenis Subintegra Rm10-Rm15

Tuesday, June 3, 2008

Harga Anak Benih Gaharu

Kami ada menjual dan membekalkan anak benih gaharu jenis malacensis setinggi 5 inci dengan harga Rm4 dan jenis subintegra dengan harga Rm15.Kami juga ada menjual & membekal vaksin/ ubat suntikan untuk penghasilan gaharu iaitu yang cair dengan harga Rm300 1 liter,pekat Rm500 1 liter.Juga kami ada menjual & membeli gaharu.Sekiranya anda berminat sila email saya:seriherbsgarden@gmail.com atau hubungi/sms saya di talian 0129785315.

Friday, May 16, 2008

Perkembangan Industri Gaharu

Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura.Timur Tengah,Hongkong dan Taiwan.
Harganya boleh mencecah ke RM14-RM18 ribu sekilo untuk gred Double Super.Harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu/kg.

Thursday, May 15, 2008

Kegunaan Gaharu

Penggunaan kayu gaharu dalam industri perkayuan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus,papan lapis,cenderamata,perabot,kasut wanita,sarung senjata,chopstisck dan lain-lain.Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral,jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi.Hasil penyelidikan terkini daun gaharu yang muda juga boleh digunakan iaitu direbus untuk mencegah penyakit kanser.Ia juga boleh dibuat teh uncang.Selain itu daun,akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu boleh digunakan untuk perubatan selepas bersalin,antibiotic,antikanser,penyakit kewanitaan,demam,sakit badan dan sakit perut.

Pengenalan Gaharu

Jenis Spesis
  1. Aquilaria Subintegra -Thailand
  2. Aquilaria Crassna -Thailand,Cambodia.Loas,Vietnam
  3. Aquilaria Malaccensis -Thailand,India,Indonesia
  4. Aquilaria Apiculata -Filipina
  5. Aquilaria Baillonil -Thailand,Cambodia,Loas,Vietnam
  6. Aquilaria Baneonsis -Vietnam
  7. Aquilaria Beccarian -Indonesia
  8. Aquilaria Brachyantha -Malaysia
  9. Aquilaria Cumingiana -Indonesia,Filipina
  10. Aquilaria Filaria -China
  11. Aquilaria Hilata -Indonesia
  12. Aquilaria Khasiana -India
  13. Aquilaria Microcapa -Indonesia,Malaysia
  14. Aquilaria Rostrata -Malaysia
  15. Aquilaria Sinensis -China

Wednesday, May 14, 2008

Thursday, May 8, 2008

Gaharu

Nama tempatan:Gaharu/karas
Nama saintifik :Aquilaria malaccensis
Famili:Thymeleaceae
Lokasi di jumpai:Hutan hujan tropika
Asal:Tumbuhan tempatan

Pokok gaharu atau karas ialah salah satu daripada lapan species dalam genus Aquilaria yang berasal dari Asia Tenggara,khususnya di hutan Malaysia,Indonesia,Thailand,Kemboja dan India.Merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian 40meter tingginya.Diameter batangnya mencapai sekitar 60cm.Merupakan tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika dari tanah rendah hingga ketinggiannya 270meter dari paras laut.Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan berpaya.Merupakan salah satu daripada kayu yang termahal di dunia di sebabkan aromanya dan di gunakan secara meluas untuk dupa dan minyak wangi.