Thursday, May 15, 2008

Kegunaan Gaharu

Penggunaan kayu gaharu dalam industri perkayuan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus,papan lapis,cenderamata,perabot,kasut wanita,sarung senjata,chopstisck dan lain-lain.Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral,jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi.Hasil penyelidikan terkini daun gaharu yang muda juga boleh digunakan iaitu direbus untuk mencegah penyakit kanser.Ia juga boleh dibuat teh uncang.Selain itu daun,akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu boleh digunakan untuk perubatan selepas bersalin,antibiotic,antikanser,penyakit kewanitaan,demam,sakit badan dan sakit perut.

No comments: