Sunday, June 22, 2008

Kaedah Penanaman

Dewasa ini, sebanyak 16 jenis gaharu yang terdapat di Asia yang mempunyai pelbagai jenis spesis.Jadi bagi memperoleh pulangan yang memberangsangkan,penentuan jenis spesis anak benih mestilah yang terbaik dan boleh mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi.Strategi kami dalam mengusahakan tanaman ini adalah seperti berikut:
1.Tanah di tapak projek perlu dibersihkan dan diterangkan.
2.Lubang akan digali dengan keluasan 2" x 2" x 2"
3.Tabur baja khas gaharu ke dalam lubang untuk tujuan pemulihan tanah.
4.Jarak penanaman 2 mx 2 m untuk menghasilkan 1000 pokok seekar.
5.Pembajaan dilakukan 2 kali setahun dengan menggunakan baja organic(organik-kimia).
6.Setelah pokok gaharu mencapai usia 5-6 tahun, proses suntikan akan dilakukan dan selepas 8 bulan disuntik, damar atau resin akan terhasil dan proses penebangan boleh dilakukan.
Dengan adanya kaedah ini proses damar atau resin akan terbentuk didalam batang pokok dalam jangka masa yang singkat.Tanpa menggunakan kaedah ini dan hanya menggunakan kaedah semulajadi damar atu resin hanya akan terbentuk pada jangka usia 20 ke 40 tahun melalui proses gangguan fizikal atau microorganisme.

No comments: