Friday, May 16, 2008

Perkembangan Industri Gaharu

Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura.Timur Tengah,Hongkong dan Taiwan.
Harganya boleh mencecah ke RM14-RM18 ribu sekilo untuk gred Double Super.Harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu/kg.

Thursday, May 15, 2008

Kegunaan Gaharu

Penggunaan kayu gaharu dalam industri perkayuan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus,papan lapis,cenderamata,perabot,kasut wanita,sarung senjata,chopstisck dan lain-lain.Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral,jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi.Hasil penyelidikan terkini daun gaharu yang muda juga boleh digunakan iaitu direbus untuk mencegah penyakit kanser.Ia juga boleh dibuat teh uncang.Selain itu daun,akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu boleh digunakan untuk perubatan selepas bersalin,antibiotic,antikanser,penyakit kewanitaan,demam,sakit badan dan sakit perut.

Pengenalan Gaharu

Jenis Spesis
  1. Aquilaria Subintegra -Thailand
  2. Aquilaria Crassna -Thailand,Cambodia.Loas,Vietnam
  3. Aquilaria Malaccensis -Thailand,India,Indonesia
  4. Aquilaria Apiculata -Filipina
  5. Aquilaria Baillonil -Thailand,Cambodia,Loas,Vietnam
  6. Aquilaria Baneonsis -Vietnam
  7. Aquilaria Beccarian -Indonesia
  8. Aquilaria Brachyantha -Malaysia
  9. Aquilaria Cumingiana -Indonesia,Filipina
  10. Aquilaria Filaria -China
  11. Aquilaria Hilata -Indonesia
  12. Aquilaria Khasiana -India
  13. Aquilaria Microcapa -Indonesia,Malaysia
  14. Aquilaria Rostrata -Malaysia
  15. Aquilaria Sinensis -China

Wednesday, May 14, 2008

Thursday, May 8, 2008

Gaharu

Nama tempatan:Gaharu/karas
Nama saintifik :Aquilaria malaccensis
Famili:Thymeleaceae
Lokasi di jumpai:Hutan hujan tropika
Asal:Tumbuhan tempatan

Pokok gaharu atau karas ialah salah satu daripada lapan species dalam genus Aquilaria yang berasal dari Asia Tenggara,khususnya di hutan Malaysia,Indonesia,Thailand,Kemboja dan India.Merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian 40meter tingginya.Diameter batangnya mencapai sekitar 60cm.Merupakan tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika dari tanah rendah hingga ketinggiannya 270meter dari paras laut.Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan berpaya.Merupakan salah satu daripada kayu yang termahal di dunia di sebabkan aromanya dan di gunakan secara meluas untuk dupa dan minyak wangi.